SEJARAH KOMPUTER

 

Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah sebuah komputer elektronik pertama di dunia, ia dikenali dengan nama ABC (Atanasoff and Berry Computer). Komputer yang menempuh pencapaian yang membuka jendela komputer moden pada hari ini dicipta oleh Atanasoff bersama rakannya Berry. Ciptaan kedua-dua sahabat ini mengira dengan menggunakan tiub hampagas.

 

Pada dekad yang sama seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly berjaya mencipta komputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Elektronic Numerator, Integrator,Analyser dan Computer).Malangnya tujuan utama komputer dicipta ketika itu bagi tujuan peperangan.Saingan mencipta komputer semakin rancak apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagi  komputer. Ia dikenali dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) di Universiti Cambridge. Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakan sebagai alatan am yang beroperasi di bawah kawalan atur cara tersimpan.Atur cara tersimpan  merupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan ia melalui langkah-langkah tertentu serta tersusun. Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan mencipta komputer yang lebih canggih semakin hebat. Pelbagai jenis komputer, jenama dan kegunaan dihasilkan hinggalah ke hari ini.

 

CIRI-CIRI SEBUAH KOMPUTER

 

a) Tidak mempunyai perasaan atau emosi. Ia sentiasa bersedia menerima sebarang arahan daripada manusia yang mengendalikannya.

 

b) Mampu menyimpan data dalam tempoh yang lama. Jika data tersebut diperlukan ia baleh dikeluarkan dari tempat menyimpan data di dalam UPU komputer atau di dalam disket.

 

c) Mampu menyimpan perintah atau arahan yang boleh diproses mengikut urutan tertentu secara automatik.

 

d) Mampu mengira dengan tepat serta cepat. Terdapat komputer yang mampu mengira atau menganalisa sesuatu data dengan kelajuan 1/1,000,000,000 saat. Pengiraan yang mengambil masa lama hanya dapat diselesaikan oleh komputer dalam masa yamg amat singkat.

 

e) Mampu menerima dan mengeluarkan data. Komputer mempunyai alat yang berupaya menukarkan  data kepada kod-kod yang difahaminya. Seterusnya menukarkan kod-kod tersebut ke dalam bentuk yang difahami manusia.

 

Pada hari ini pelbagai pendapat dikemukakan oleh manusia terhadap perkembangan dan kemajuan dalam bidang komputer.Orang-orang yang berfikiran sempit sering kali bimbang jika perkembangan drastik dalam dunia komputer memberi kesan tidak elok kepada dunia. Terutamanya sifat-sifat  kemanusiaan. Bagi orang-orang yang begitu menyokong perkembangan pesat dalam bidang komputer ini, mereka menyatakan perkembangan perkembangan pesat dalam bidang komputer ini akan  memberi kesan yang enak kepada manusia sejagat. Terutamanya bagi mengurangkan masa bagi menyelesaikan ssesuatu masalah.

 

Perkembangan pesat dalam bidang komputer pada hari ini seolah-olah telah mengujudkan masyarakat negara kita, terutamanya golongan dewasa dan golongan tua. Bagi mereka yang ditugaskan untuk bekerja dengan komputer sering kali mereka menolak untuk menggunakan peralatan ini. Seharusnya  masyarakat negara kita tidak kira golongan dan bangsa seharusnya mereka mempunyai sifat celik komputer. Setidak-tidaknya mempunyai kefahaman asas berkenaan mesin ini. Seharusnya mereka

juga boleh menggunakan komputr sebagai alat bagi kegunaan peribadi dan juga tugas-tugas di pejabat atau urusan perniagaan.Bagi masyarakat yang celik komputer, mereka boleh berinteraksi dengan komputer serta memproses  perkataan, data, lembaran hamparan dan lain-lain interaksi. Contohnya penggunaan internet tidak  akan dapat digunakan jika seseorang tidak ada asas menggunakan sebuah komputer.

 

Seharusnya kita tidak dipaksa menjadi seorang celik komputer, sebaliknya dengan sukarela menjadi salah seorang masyarakat yang celik komputer. Setiap hari mesin yang dikenali dengan nama   komputer ini semakin hari semakin canggih.Oleh itu jika kita tidak mengikutinya maka sukarlah kita menggunakannya pada suatu hari nanti.

 

Seandainya kita mengetahui tentang sesuatu jenis komputer dan kemampuannya melakukan sesuatu  kerja, kita akan mendapat manfaat daripadanya. Tapi jika sebaliknya, kita akan mendapati ia sebaliknya kepada diri kita.

 

Oleh itu marilah kita mempelajari serta mengikuti perkembangan dunia komputer,agar apa yang generasi baru negara kita kecapi pada suatu hari nanti dapat kita sama-sama kecapi.