Make your own free website on Tripod.com
 

Gambar Tentang Sekolah

 

Sekolah Rendah Kerajaan Beratok
Batu 22, Jalan Kuching/Serain
94200 Kuching, Sarawak
Tel: 082-863040


          Sekolah Rendah Kerajaan Beratok ditubuh dan dibina pada tuhun 1953.Sebelum itu sekolah ini dinamakan "Chung Hua Primary School,21st Mile,simanggang road Kuching" Sekolah ini sudah kini sudah berumur 49 tahun.
          Sebelum sekolah ini ditubuhkan,Disekiling kawasan Beratok hanya mempunyai sebuah sekolah bernama"Chung Hua Primary School,19st Mile,simanggang road Kuching".Oleh sebab bangunan sekolah Chung Hua 19 hanya mempunyai satu buah bangunan lama dan ianya tidak mencukupi untuk menumpang murid yang ramai.Justerus itu pemimpin tempatan bercadang supaya memindah sekolah ke Batu 20, Tempat ini dipilih untuk mendirikan sebuah sekolah kerana ia adalah tempat yang paling sesuai dan memberikan kemudahan kepada murid-murid dari kawasan batu 19 sehingga Batu 22,iatiu kampung Tapah (Pada masa itu , Kampung Tapah tiada sekolah). Tetapi cadangan tersebut tidak mendapat sokongan kuat.Oleh itu penduduk kampung mula bercadang supaya perlu membina sebuah sekolah untuk anak-anak tempatan di kampung Beratok.
         Cadangan membina sebuah sekolah rendah dapat sokongan kuat kursusnya daripada orang tempatan Kampung Beratok.Satu jawatan kuasa khas yang dipimpin oleh En Hii Xin Chan telah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan.permohonan tersebut diluluskan tidak lama kemudian. Encik Liew fui chun rela menyumbangkan tanan untuk tujuan pembinaan bangunan sekolah.(kawasan sekolah 1.5 ekar).
         Pada mulanya bangunan sekolah hanya sebuah rumah beratap,sebuah asrama guru.Pada tahun 1954,sekolah mula berfungsi. Encik Ho Tet Guan adalah guru besar pertama ,3 orang guru serta sejumlah 150 murid .Pada tahun 1955,komiti sekolah bercadang supaya bangunan sekolah dibina dengan menggunakan papan kayu. Setelah bangunan baru dibina ,ia mempunyai sebuah banguanan baru untuk kelas,sebuah pejabat guru,sebuah dewan besar.
          Pada tahun 1965,bulan Jun ,balai Polis Batu 18 diserang oleh komunis.Peritiwa ini menyebabkan penduduk-pendudukan disekelining dikurung dalam Kampung Tapah,Kampung Beratok dan Kampung Siburan masing-masing.Pada masa yang sama
"Chung Hua Primary School,21st Mile,simanggang road Kuching"  diambil alir oleh kerajaan,kemudian dinamakan"Sekolah Rendah Kerajaan Chung Hua Beratok".
          Pada tahun 1999,PIBG sekolah bercadang sepaya bangunan lama dan uzur ditukar kepada bangunan bersimen.Setelah mendapat derma daripada penduduk tempatan dan kawasan berdekatan. maka Ahli Jawatan Kuasa Pembinaan Sekolah Baruberjaya mengumpul sebanyak  RM 60,0000.Kini sebuah Bangunan Baru mempunyai 3 tingkat sudah dibina dan siap pada tahun 2000.Kini sekolah rendah kerajaan Beratok mempunyai 280 orang murid . Kakitangan SJK Beratok termasuk seorang Gurubesar ialah Encik Lai Siew Pin,3 orang penolong kanan dan 9 orang guru.


Sila Klikkan skydiver di bawah  untuk kembali ke laman web sebelumnya