Bahasa piawaian Internet

 

 SEMASA anda melayari Internet dan World Wide Web (WWW), tentu setiap kali itu juga anda akan melihat perkataan atau istilah http, html, dan URL.  Ketiga-tiga perkataan ini mempunyai makna dan peranan penting dalam memastikan pelaksanaanWWW. Sebelum diterangkan maksudnya, elok kiranya diperkenalkan beberapa istilah yang berkaitan.

                    

 Hypertext

 Hypertext adalah dokumen yang membolehkan sebarang perkataan atau ayat disambungn kepada dokumen hypertext lain. Dokumen kedua mungkin mempunyai sambungan kepada dokumen yang lain pula. Dalam pada itu anda tidak mengetahui alamat dokumen yang disambungkan tersebut, tetapi boleh melayarinya. Inilah yang dinamakan kemudahan hyperlink.

                   

Hypermedia

             Hypermedia adalah lanjutan daripada hypertext. Ia menambah nilai dokumen yang boleh disambung kepada dokumen lain, bukan hanya teks sahaja. Dokumen tersebut boleh mempunyai sambungan kepada bunyi, imej, grafik dan video.Secara mudah, hypermedia menggabungkan hypertext dan multimedia. Sebab itulah dalam Internet sekarang terdapat banyak unsur-unsur multimedia.

                    

HTTP dan URL

              HTTP, singkatan kepada Hypertext Transfer Protocol adalah protokol yang membolehkan sistem maklumat hypermedia dipindah dan disebarkan kepada pengguna Internet. Ia menghubungkan pelanggan (atau pengguna yang menggunakan pelayar web) dan pelayan (tempat maklumat disimpan)bagi berkomunikasi bersama. HTTP telah digunakan sejak tahun 1990. Protokol HTTP berasaskan tatacara permintaan dan tindak balas. Pelanggan akan membuat sambungan kepada pelayan dan menghantar permintaan kepada pelayan itu, dalam bentuk URL  (Uniform Resource Locator). Secara khususnya URL adalah teknik yang WWW gunakan bagi  mengenal pasti lokasi fail dalam pelayan. Atau jika ada orang menyatakan alamat URL, ia merujukkepada alamat lokasi dalam WWW. Contohnya http://www.maxis.com.my.

                    

 HTML

          Hypertext Markup Language adalah bahasa piawai web bagi membuat dan mengenal dokumen hypermedia. Ia berkait dengan Standard Generalized Markup Language (SGML). HTML menggunakan format SGML untuk mewakilkan maklumat yang sama dalam kaedah berlainan. Dokumen web ditul dalam HTML dan ditandakan dengan ".html" atau ".htm".