Make your own free website on Tripod.com

 Tugasan Individual

Arahan:

Hantar Jawapan anda dengan tekan Submit

A.     Pencemaran Air
Air merupakan sumber terpenting bagi kehidupan manusia. Tanpa air, dunia akan menjadi sebuah planet yang tidak bernyawa. bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman.

Tahukah  anda, warna dan bau air boleh memberitahu kita apa yang sedang berlaku terhadapnya.

Air berwarna hijau

Terdapat tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair tumbuh di dalamnya.

Air berlumpur

Terdapat kandungan kelodak atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas

Lapisan berkilau

Berlaku tumpahan minyak di permukaan

Busa atau berbuih

Mungkin sabun dari rumah atau kilang mengalir ke dalamnya

Berbau seperti telur busuk

Terdapat kumbahan

Lapisan kuning jingga atau kemerahan di permukaan air

Kilang membuang bahan pencemaran ke dalam anak sungai

--------------------------------------------------------------------------------------------

[FrontPage Save Results Component]
Nama :
Nama Sekolah :

1. Pilih satu tempat  sama ada sungai/tasik/kolam/alor yang berhampiran dengan tempat tinggal anda sebagai kajian. Lengkapkan butiran berikut:

Lokasi Kajian :

Tarikh Kajian : 

Kualiti Air (dari pemerhatian) : 

Suhu Air (dengan jangka suhu) : 

Bau Air (dari pemerhatian) :

PH Air (Kertas pH) :

Kelajuan Air (guna bola ping-pong atau gabus dan jam) : 

Hidupan akuatik (buat rujukan) :

Bahan-bahan Sisa pepejal (dari pemerhatian) : 

1.1.   Adakah terdapat hakisan tebing di lokasi kajian?
1.2.   Jika ya, mengapa ini terjadi?
1.3.   Anggarkan keluasan dan kecerunan hakisan tersebut
Keluasan : meter persegi        Kecerunan : 
1.4.   Adakah hakisan tanah mengubah atau menyebabkan pencemaran air dan gangguan kepada ekosistem sungai? Mengapa?
1.5.   Jika hakisan tersebut serius, apakah tindakan yang telah diambil oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut bagi mengatasi masalah ini.


 

--------------------------------------------------------------------------------------------

B.     Pencemaran Udara
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat bendasing dalam kepekatan yang mengganggu atau merbahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini berbentuk habuk, kabus wap dan gas ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

[FrontPage Save Results Component]
Nama :
Nama Sekolah : 
Aktiviti - aktiviti
1.0. Perhatikan kawasan sekeliling anda dan lengkapkan maklumat di bawah:
Lokasi pemerhatian : 
Tarikh pemerhatian :
Kualiti Udara :
Anggaran Jarak Penglihatan :
Arah Tiupan Angin : 
2.0.   Nyatakan 2 punca pencemaran udara.
2.1. Nyatakan 2 cara bagaimana anda boleh mengatasi masalah pencemaran udara.


 

--------------------------------------------------------------------------------------------

[FrontPage Save Results Component]
C.     Pencemaran Bunyi

Aktiviti - aktiviti
Pencemaran bunyi ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan boleh menyebabkan kacau ganggu. Pencemaran bunyi diukur dengan menggunakan unit dB(A). Bunyi yang melebihi 75 dB(A) dianggap mencemar alam sekitar.

Nama :
Nama Sekolah :
1.0. Nyatakan 3 punca pencemaran bunyi yang terdapat di tempat anda ?
2.0. Apakah kesan pencemaran bunyi terhadap manusia dan haiwan?
3.0. Nyatakan 3 cara bagaimana anda boleh mengawal dan mengurangkan pencemaran bunyi.
4.0. Adakah terdapat kilang di tempat tinggal anda?

 4.1.Jika ya, adakah kilang tersebut melakukan pencemaran bunyi dan apakah tindakan anda?